Archive for the 1 Category

SALAM..ZOOM IN RECIPE

Posted in 1 on August 9, 2009 by tramshucake

PERHATIAN!! Sekiranya ANDA penggemar kek coklat lembap..anda telah sampai ke tempat yang betul.  Jadi, soalan saya…

“Mengapa Anda Perlu Membelanjakan Hingga PULUHAN Ringgit dan Bersusah Payah Untuk Mendapatkan Sebiji Kek Coklat Lembap?”


..Sedangkan Anda Boleh Membuat Sendiri
Kek Coklat Lembap Kegemaran Anda
Dengan Mudah, Pantas,
Di Jamin Sedap  Dan Menjimatkan Wang Anda.”


Salam sejahtera,

Anda semestinya penggemar kek coklat lembap, bukan? Biar saya jelaskan kepada anda. Secara ringkasnya, ianya di panggil ‘ Magic Resepi ‘ dan saya rasa lebih baik anda kekal di tempat duduk anda kerana resepi ini amat menakjubkan!

Bayangkan seorang pakar sedang membantu anda semasa anda sedang membuat kek coklat lembap. Selepas beberapa tunjuk ajar, pakar ini memberikan anda resepi dan bahan-bahan untuk anda membuat kek kegemaran anda ini.

Anda kemudiannya menggunakan garis panduan yang telah di berikan oleh pakar tersebut untuk membantu anda semasa anda membuat kek coklat lembap. Sebelum anda sempat mengetahuinya dengan lebih mendalam, anda telah pun siap menyediakan kek  tersebut. Hairan..kan!

Ini bukannya fantasi..

Magic Resepi adalah satu cara yang sangat unik yang di cipta KHAS bagi memudahkan anda membuat kek coklat lembap. Tapi, bukan itu sahaja, Magic Resepi memberikan anda jawapan yang muktamad untuk membuat kek coklat yang sebenar.

Dengan panduan di tangan anda, anda tahu apa yang patut anda lakukan. Anda tidak lagi akan menghadapi sebarang masalah.

Ketika mula-mula saya menggunakan Magic Resepi, saya begitu kagum dengan apa yang berlaku. Ia memberikan semua jawapan kepada semua persoalan yang bermain di fikiran saya sebelum ini tentang bagaimana untuk membuat kek coklat lembap yang sebenar-benarnya. Ianya membuatkan saya terpaku seketika dan hasilnya… wow! Memang mengagumkan.

Dengan perasaan yang sangat gembira saya tersenyum dan memberitahu suami saya apa yang telah dihasilkan Magic Resepi. Adakah anda memerlukan “sahabat tersembunyi ” yang boleh membantu anda menyediakan, menyukat dan memasak kek coklat lembap kegemaran anda?

Sekarang, Magic Resepi adalah sahabat karib saya. Saya menggunakannya setiap kali hendak membuat kek kegemaran saya ini. Magic Resepi menjimatkan masa, tenaga dan wang saku saya. Apabila saya kebingungan untuk membuat kek coklat lembap, Magic Resepi membantu saya. Apabila saya memerlukan bantuan, Magic Resepi akan sentiasa di sisi saya.

Dengan Magic Resepi, saya lebih yakin dan percaya bahawa kek coklat lembap yang akan saya hasilkan nanti, benar-benar SEDAP dan MELAZATKAN!  Adakah ini yang anda inginkan.
Betul tak?

Seorang kawan saya, sanggup datang ke Kuala Lumpur dari Selatan tanah air semata-mata untuk mendapatkan Magic Resepi dari saya sendiri untuk membantu beliau membuat kek coklat lembap yang bermutu tinggi untuk di jual di kedainya. Jelasnya, beliau tahu betapa hebatnya Magic Resepi ini.

Cuba bayangkan, anda membuat kek  dengan keadaan dapur anda bersih seperti anda tidak melakukan apa-apa. Itulah kelebihan Magic Resepi.

Inilah satu-satunya resepi yang saya sangat-sangat syorkan kepada anda kerana ia begitu menakjubkan dan terbukti berkesan ..tanpa ragu-ragu.

TIPS MEMBUAT KEK

TIPS MEMBUAT KEK

1) Bila sudah mendapat resipi yang ingin dicuba, baca dan fahamkan bahan-bahan yang ada dalam resipi dan juga peraturannya. Jika ada bahan atau peraturan yang tidak faham, bertanya pada yang arif.

2) Buat nota sendiri dalam resipi tersebut. Sewaktu hendak mula membuat Kek tersebut, keluarkan cawan sukatan, timbang, pemukul telur, mixer atau bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kek tersebut. Dan juga sediakan bahan-bahan yang hendak digunakan. Ini untuk memudahkan anda menyukat dan juga supaya tidak lupa/ tertinggal bahan sewaktu mula mengadun kek.

3) Bahan-bahan kering seperti tepung gandum, baking powder, baking soda, garam hendaklah diayak bersama. Kek akan lebih gebu dan ringan bila menggunakan tepung yang telah diayak dan juga sewaktu mengayak tepung bersama baking powder/ baking soda ia dapat menghasilkan tepung yang serata dengan baking powder dan baking soda berbanding dengan kita menggaulkan begitu dengan tangan. Pernah terjadi Diana tidak ada masa untuk mengayak tepung dan hasilnya kek yang menggunakan bicarbonate of soda tidak serata dan rasa pahit soda pada sesetengah bahagian.

4) Ikut peraturan resipi satu persatu, dan sewaktu masukkan tepung sebaiknya menggunakan spatula dan kaup balikkan adunan dengan satu arah pusingan sehingga sebati. Jangan terlalu menggaul adunan tepung kerana ia akan menghasilkan kek yang agak mampat dan tidak gebu, cukup sekadar tepung sebati dengan adunan mentega.

5) Loyang perlulah dilenser dan disalutkan tepung supaya kek lebih mudah dikeluarkan selepas membakar. Dan ketuhar harus dipanaskan terlebih dahulu. Jika ketuhar anda adalah jenis yang cepat panas, turunkan suhu sedikit dari suhu apa yang tertera diresipi (contoh resipi suruh bakar 180 darjah C, gunakan 160 atau 170 darjah C), ini untuk menggelakkan kek merekah kerana suhu yang tinggi akan menyebabkan kek merekah.


6) Bila menggunakan lidi untuk mengguji jika kek telah masak. Cucuk dan lihat jika masih ada cebisan kek yang melekat di kek bermakna ia masih belum masak, bakar sehingga lidi penguji bersih dan itu tandanya kek telah pun masak.

7) Bila kek sudah masak keluarkan dari oven dan biarkan ia sejuk seketika sebelum dikeluarkan dari loyang.

Jika kek itu perlu dikukus, panaskan air kukusan terlebih dahulu dan sebaiknya balut tutup kukusan dengan kain bersih supaya wap tidak akan menitis diatas kek. Atau juga boleh tutup loyang kek dengan aluminium foil.

9) Kek yang dibakar atau dikukus sebaik-baiknya jangan dibuka pintu oven atau tutup kukusan pada 45 minit pertama ia dibakar atau dikukus. Ini supaya anda dapat menghasilkan kek yang lembut dan gebu.

Harap tips yang tidak seberapa ini dapat membantu anda untuk menghasilkan kek yang diidamkan.

Cara untuk mengenal kek yang telah dihasilkan dengan sempurna adalah bukan sahaja dengan paras rupa kek tersebut yang menawan tetapi juga hendaklah anda rasa kek tersebut. Jika rupa menawan dan rasa pun sedap, itulah kek yang telah dihasilkan dengan sempurna.