CARA2 MEMBUAT KEK

Kek Coklat Lembap (tanpa butter)

P1000296

Bahan-bahan ( Saiz kek anggaran 20 cm )

  • Bahan2 kek:
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung naik sendiri
  • 2 cawan gula yang telah dikisar halus
  • 1 cawan serbuk koko (pakai brand van houten lg sedap)
  • 1/2 cawan serbuk milo
  • 1 cawan susu cair (kalau xde pon xpe)
  • 1/2 cawan susu pekat manis atau krimer
  • 1 1/4 cawan minyak masak
  • 1 cawan air panas mendidih
  • 1 sudu teh soda bikarbonat (optional)
  • 1 sudu teh serbuk baking powder
  • 2 biji telur saiz sedang
  • Bahan2 topping:
  • 1/2 cawan serbuk koko van houten
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 sudu besar minyak masak
  • *Utk topping boleh guna kaedah double boiling atau terus masukkn bahan2nye ke dlm periuk.

Cara-cara

  1. Pukul telur dan gula hingga kembang
  2. Setelah kembang, masukkan pula tepung-tepung, serbuk koko, serbuk milo, susu cair, susu pekat, minyak masak. Kacau hingga sebati
  3. Masukkan air panas mendidih dan kacau hingga sebati
  4. Masukkan ke dalam loyang yang disapu mentega terlebih dahulu
  5. Bakar dengan kepanasan 160 darjah selama 45 minit atau hingga masak, oven hendaklah dipanaskan terlebih dahulu dengan kepanasan 160 darjah selama 10 minit.
  6. Untuk topping,campurkan je semua bahan2 topping tu dan kacau sampai sebati.Bila agak-agak dah pekat,curahkan kat kek

Kek Coklat Bertatah Strawberry

Image008

Bahan-bahan ( Saiz kek yang sesuai untuk seisi keluarga yang suka makan kek coklat )

  • 1 2/3 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan gula kastor
  • 2/3 cawan serbuk koko
  • 1 1/2 cawan susu cair
  • 1/2 cawan mentega/125 gram
  • 1 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu teh garam halus
  • 2 biji telur
  • Loyang bulat atau empat segi ikut citarasa – yang telah digris sedikit mentega dan ditabur tepung
  • 2 cawan gula aising bertapis
  • 1/3 cawan serbuk kokok
  • 2 sudu besar air panas menggelegak
  • 1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara

  1. Jenguk oven sekejap, pastikan oven dipanaskan terlebih dulu suhu 160 darjah celcius selama kurang lebih sepuluh minit.
  2. Ayakkan tepung bersama soda ke dalam ‘mixing bowl’.
  3. Masukkan bahan-bahan kering dimulakan dengan gula, garam, serbuk koko
  4. Masukkan pula bahan-bahan basah, susu cair, mentega, telur dan esen vanilla.
  5. Menggunakan ‘mixer’, adun kesemua bahan pada kelajuan rendah selama 30 saat, supaya bahan2 tersebut dapat berkenalan antara satu sama lain (tak terkejut).
  6. Setelah itu, pada kelajuan tinggi, adun bahan kek selama 3 minit.(Tidak boleh terlalu lama nanti wujud ‘air bubble’, kek akan membukit bila nak masak. Tuang ke dalam loyang tadi dan bakar selama 40 ke 45 minit.
  7. Serta merta keluarkan kek dari loyang untuk disejukkan. Setelah sejuk kita sediakan frosting dan hiasan strawberry
  8. Untuk menyediakan frosting, gaulkan gula aising dan serbuk koko, tuangkan air panas dan esen vanilla, kacau sebati. Kepekatan dan kemanisan frosting bergantung pada citarasa.
  9. Sapu ratakan frosting tadi ke atas kek, kek tampak berkilat dan sungguh menyelerakan, hiaskan strawberry ikut citarasa. Sedia untuk dihidangkan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: